Monday, October 27, 2008

Buah Dadu

Pada suatu hari Si Asan pergi sekolah
seperti biasa, tapi hari tu ada
pereksa bahasa inggeris, Si Asan ni
memang tak reti apa B Ing., jadi
semasa pereksa tu Asan main hentam
sahaja, baik nasib soalan objektif,
ada A,B,C bolehlah nak hentam
hentam.Cara Asan hentam biasa la,
lambung buah dadu, memang dia dah
standby buah dadu awal awal lagi dalam
poket. Cikgu tak kata apa, dia dah
kenal perangai Asan yang suka baling
buah dadu.
Seperti biasa dan seperti pelajar lain
jugak, selepas 15 minit kebanyakan
pelajar dah siap, maksudnya siap
hentam la tu, jadi ada yang melukis,
ada yang termenung dan macam-macam
lagi. Tapi si Asan ni dia bantai tidor
kat meja tu. Cikgu yang jaga pereksa
tu pun malas nak layan atau nak gerak,
dah memang budak-budak tu tak reti nak
buat.
Tapi tiba-tiba, kira-kira lagi 15
minit sebelum pepereksaan nak tamat,
Asan cepat-cepat bangun,
dikeluarkannya semula buah dadu,
dicampakkan dadu keatas meja, lihat
kertas jawapan, ada yang dipadam, ada
yang tak, berulang-ulang kali dia buat
macam tu. Cikgu pun naik heran, dia
pun menghampiri Asan dan tanya,

Cikgu: Awak buat apa tu Asan?
Asan: Mak cakap, kalau dah habis jawab
pereksa
kena check semula, takut salah ke?
Cikgu: Check pakai buah dadu????
Asan : Ia lah, kan saya buat pun pakai
buah dadu!
Cikgu : ????????????????????????

No comments: