Monday, October 27, 2008

Fakta Menarik Tertarik

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah
perkuburan yang terdapat dipinggir
Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan
peninggalan dan bukti yang menunjukkan
mayat di dalam kubur tersebut ialah
Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah
badan mayat tersebut terdapat secalik
kertas dan setelah diselidik ia
sebenarnya Kad Pengenalan Puteri
Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri
Gunung Ledang yang tertera didalam IC
itu ialah Tiara Jeaquelina bin
Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba
sultan Terengganu telah dipancung
kerana telah melakukan kesalahan.
Namun tidak diberitahu apa
kesalahannya. Di atas kajiselidik
kami, hamba yang dihukum bunuh itu
sebenarnya ialah seorang yang bekerja
sebagai posmen tetapi tidak mahu
menghantar surat-surat baginda
kemudian posmen itu melonggokkan surat
dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290
pucuk batu bersurat di rumah posmen
tersebut. Alasan posmen itu ialah
macammana dia nak angkat batu-batu
bersurat tu naik basikal untuk
dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris
taming sari telah hilang dan tidak
dijumpai sehingga kini. Namun kami
telah menemuinya di salah satu kawasan
di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-
bulan mengadakan ekspedisi mencari
keris taming sari barulah kami menemui
motor Kris yang ditunggang oleh pakcik
Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New
York
Sebenarnya bangunan ini dapat
diselamatkan dari runtuh namun fakta
kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia
runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini
runtuh terjawab kerana Superman pada
masa tu spender dia basah lalu malu
untuk dia keluar tanpa spender dia,
Batman pula takleh keluar siang sebab
kelawar tidur waktu siang. Spiderman
pulak hari tu mengalami kincit perut
dan terberak-berak kerana tertelan
sarang labah-labah. Manakala Kapten
Amerika pada hari tu sedang menghadiri
majlis penerimaan pangkat sebagai
Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah
menghadiri interview sebagai pelayan
hotel dan last sekali catwomen tengah
jahit kostumnya yang koyak. Ini
semuanya fakta kenapa bangunan tu
runtuh kerana superhero amerika
mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang
Afghanistan, sebenarnya mereka ingin
menyerang Malaysia terlebih dahulu
kerana pada sangkaan mereka Malaysia
ialah pusat pentadbiran Taliban yang
diketuai Osama Laden. Namun akhirnya
mereka malu pada tahap baboon kerana
taliban yang mereka sangkakan itu
sebenarnya ialah sebuah syarikat
telekomunikasi yang bernama Talikom
Malaysia Berhad.

No comments: