Monday, October 27, 2008

Lelaki Ini...

Seorang lelaki sedang melintas jalan
bersama isterinya pada suatu petang.
Nasib malang menyebabkan dia
kemalangan. Isterinya selamat tetapi
si suami mengalami impak dikepalanya
menyebabkan dia koma selama beberapa
hari. Akhirnya si suami telah terjaga
dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati
isterinya sedang bersedih disisinya.
Si suami pun memegang tangan isterinya
sambil berkata dengan suara penuh
kesayuan; " Ayang sentiasa disisi
abang tak kira masa. Masa abang tengah
belajar di U dulu pun, abang sering
gagal, dan ayang sentiasa berada di
sisi memberi dorongan supaya abang
terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami
menambah " Masa abang tengah cari
kerja dulu pun, abang gagal nak
dapatkan sebarang jawatan dalam iklan,
ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap
tolong carikan dalam paper lagi
jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang.
Disekanya air mata dengan hujung
baju. "Bila abang dah dapat kerja,
abang kerja sunguh-sungguh untuk kita.
Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan
gaji dan pangkat. Hinggalah
sekarang .... ayang masih di sisi
abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas
kontrak RM5j hanya kerana silap yang
kecil, abang dipecat dengan notis 24
jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan..
sekarang abang terlantar disini. Bila
abang sedar ayang masih juga disisi."
Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa
ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS
KAU SEKARANG!!

No comments: